anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MENGHARMONIKAN EKONOMI JADI AGENDA UTAMA

image

PUTRAJAYA, 18 APRIL 2023 – Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 51 Bahagian Penguat Kuasa KPDN, YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDN, memaklumkan bahawa KPDN akan terus berfungsi untuk mengharmonikan ekonomi Negara sebagai agenda utama KPDN.

Sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pengguna dan memastikan kelestarian ekosistem perdagangan dalam Negara, Bahagian Penguat Kuasa merupakan tunjang utama yang menjadi nadi kepada Kementerian dalam menjayakan agenda ini.

Tanggal 17 April setiap tahun merupakan tarikh istimewa bagi Bahagian Penguat Kuasa KPDN menyambut ulang tahun penubuhannya pada 17 April 1972.

Tambahnya, berteraskan agenda untuk mengharmonikan ekonomi, semua pihak perlu memainkan peranan menjalankan aktiviti perniagaan beretika dan mematuhi undang-undang.

Sebarang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan terutamanya yang melibatkan barangan kawalan dan bersubsidi serta lain-lain perkara yang bersifat melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan Kementerian, tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang terlibat.

Sempena Ulang Tahun ke 51, Kementerian mengharapkan Bahagian Penguat Kuasa dapat terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh profesional, tegas di dalam menguatkuasakan undang-undang dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan selari dengan tema sambutan pada tahun ini, Profesional Tegas Berintegriti. 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat