anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PELAKSANAAN INSENTIF KHAS KEPADA PENGUSAHA MENU RAHMAH

image

PUTRAJAYA, 18 APRIL 2023 – KPDN menyambut menyambut baik pengumuman oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan Insentif Khas kepada pengusaha Menu RAHMAH melalui pemberian diskaun khas di pasar raya-pasar raya terpilih bermula pertengahan bulan Mei 2023.

Menurut YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri KPDN, memaklumkan bahawa Kementerian yakin melalui Insentif Khas ini, pengusaha-pengusaha Menu RAHMAH dapat terus menyediakan Menu RAHMAH kepada pengguna secara berterusan untuk jangka masa yang lebih panjang. Ianya juga dijangkakan untuk menggalakkan lagi lebih ramai pengusaha restoran untuk menyertai Inisiatif Menu RAHMAH.

Selain itu, KPDN akan memperluaskan Insentif Diskaun Khas Pengusaha Menu RAHMAH ini kepada pembekal-pembekal bahan mentah melalui sesi libat urus yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Oleh yang demikian, Kementerian ingin menyeru lebih ramai pengusaha untuk menyertai Inisiatif Menu RAHMAH dengan mendaftar di portal Menu RAHMAH (http://menurahmah.kpdn.gov.my) untuk mendapatkan inisiatif istimewa tersebut.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat