anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PENJELASAN KPDN TERHADAP KEKELIRUAN BERHUBUNG KUOTA MINYAK MASAK SUBSIDI

image

PUTRAJAYA, 17 APRIL 2023 – Berikutan isu kuota minyak masak subsidi yang mungkin akan dikurangkan kepada 40,000 tan metrik sebulan yang dilaporkan oleh media arus perdana. KPDN ingin memberikan penjelasan lanjut berkaitan isu ini.

Menurut KPDN setakat ini, kuota sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak subsidi adalah kekal dan Kementerian tiada cadangan untuk mengurangkan kuota sedia ada tersebut kepada 40,000 tan metrik sebulan.

Ini kerana jumlah kuota 60,000 tan metrik itu yang bersamaan 60 juta pek minyak masak bersubsidi 1kg adalah mencukupi sekiranya digunakan oleh isi rumah sahaja.

Walau bagaimana pun, hasil pemeriksaan harian mendapati, kerap berlaku kekurangan minyak masak bersubsidi di kawasan tertentu. Situasi ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain terutama pembelian oleh golongan bukan isi rumah, pembukaan sektor perniagaan yang menggunakan minyak masak dalam perniagaan mereka, syarikat-syarikat pembungkus yang tidak beroperasi pada tahap maksima, masalah pengedaran, tindakan kes-kes oleh KPDN sendiri selain digunakan bagi pelbagai program anjuran Kerajaan.  

Oleh : Unit Komunikasi Korporat