anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 OPS PANTAU 2023

ops pantau 2023

PUTRAJAYA, 27 APRIL 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan OPS PANTAU 2023 sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan bermula 23 Mac 2023 hingga 1 April 2023 yang lalu, sebanyak 374 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM60,200.00.

Menurut Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, 66,701 premis telah diperiksa di seluruh negara. Selain itu, sebanyak 1,127 aduan oleh pengguna juga telah diterima dalam tempoh yang sama.

OPS PANTAU 2023 yang telah dilaksanakan antara lain bertujuan memastikan tahap pematuhan yang tinggi oleh semua peniaga serta mewujudkan persekitaran perdagangan yang kondusif di samping membantu rakyat Malaysia MADANI mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup.

OPS PANTAU 2023 telah dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktiviti penjualan secara dalam talian.

Tambahnya lagi, pemeriksaan di bawah OPS PANTAU 2023 ini antara lain memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, alat timbangan, penjualan barang tiruan/cetak rompak, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) Tahun 2023, isu halal dan penjualan barang-barang keperluan Hari Raya Aidilfitri.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat