anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 OPS MANIS

image

BAYAN LEPAS, 7 MEI 2023 – Susulan isu bekalan gula di Pantai Timur, KPDN telah melaksanakam operasi bersepadu OPS MANIS 2023 bermula 3 Mei 2023 sehingga 9 Mei 2023 (tempoh 7 hari pelaksanaan). OPS MANIS merupakan salah satu kawalan di peringkat Kementerian bagi mengenalpasti punca dan solusi untuk menangani isu kekurangan bekalan gula.

Aduan kekurangan bekalan telah diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bermula 23 Mac 2023 iaitu pada awal bulan Ramadan dan kekurangan bekalan gula ini semakin meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 22 April 2023.

Menurut YB Menteri, Datuk Seri Salahuddin Ayub, hasil pelaksanaan OPS MANIS mendapati isu gangguan bekalan yang berlaku semakin pulih. Pemborong-pemborong utama di kedua-dua negeri telah menerima bekalan daripada pengilang secara berperingkat untuk diedarkan kepada pemborong dan peruncit di seluruh kawasan.

Hasil laporan data OPS MANIS yang diterima menunjukkan peningkatan stok penerimaan gula bagi kedua-dua negeri dengan anggaran peningkatan sebanyak 36% dalam 4 hari sahaja berbanding anggaran purata penerimaan gula bagi negeri Kelantan adalah sebanyak 400MT seminggu dan bagi negeri Terengganu sebanyak 300MT seminggu.

OPS MANIS juga didapati aduan-aduan yang diterima semakin berkurang dan menurun kepada purata 1 aduan bagi sehari pemeriksaan sahaja. Petugas Khas juga melaporkan tiada kes diambil keatas peniaga kerana tiada kesalahan sorok, enggan menjual barang kawalan atau lain-lain kesalahan ditemui. Sehingga 6 Mei 2023, sebanyak 132 pemeriksaan telah dilaksanakan di negeri Kelantan dan 224 pemeriksaan telah dilaksanakan di negeri Terengganu.

Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dan membuat pembelian sesuai dengan keperluan semasa. Manakala bagi pengguna industri, mereka digalakkan untuk membeli gula yg bersaiz 50 kg bagi mengelakkan kekurangan gula bersaiz 1kg dan 2 kg dipasaran.

KPDN akan sentiasa komited mempergiatkan serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barangbarang kawalan di seluruh negara bagi memastikan bekalan barang kawalan untuk kegunaan rakyat Malaysia sentiasa mencukupi dan tidak berlaku ketirisan barang-barang kawalan bersubsidi yang akan merugikan negara.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat