anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MAJLIS PELANCARAN CAWANGAN TF VALUE

image

KEDAH, 8 MEI 2023– YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini telah merasmikan Majlis Perasmian Cawangan TF Value-Mart Sungai Lalang, Kedah dan Majlis Pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH Bersama TF Value-Mart yang diadakan di TF Value-Mart, Sungai Lalang, Bedong, Kedah.

Lokasi TF Value-Mart yang dirasmikan pada hari ini adalah lokasi yang ke-44 dibuka dan beroperasi di Malaysia (dan yang ke-6 di Kedah) adalah simbol kepada hasrat berterusan pihak pengurusannya untuk membuka lebih banyak operasi di bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar dan seterusnya memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai barang keperluan dengan harga yang lebih rendah.

Selaras dengan majlis pada hari ini, TF Value-Mart Cawangan Sungai Lalang melaksanakan Jualan RAHMAH yang terhad untuk tempoh 8 dan 9 Mei sahaja. Sementara itu, pelaksanaan semua Inisiatif di bawah Program Payung RAHMAH di semua 44 cawangan pasar raya dan pasar raya besar TF Value-Mart di seluruh negara meliputi aktiviti Jualan RAHMAH dan Pakej RAHMAH yang merangkumi sehingga 1100 SKU (Stock Keeping Unit) produk barangan keperluan harian, yang ditawarkan dengan potongan harga sekurang-kurangnya 10% daripada harga jualan biasa.

Selain itu, TF Value-Mart turut menyahut seruan KPDN dengan melaksanakan Inisiatif Bakul RAHMAH sempena majlis ini dengan menyumbang kepada 50 keluarga daripada golongan yang memerlukan. Bakul RAHMAH yang disumbangkan ini merangkumi barangan keperluan asas (antaranya) seperti beras, minyak masak dan susu pekat yang bernilai RM100.00. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen pihak pengurusan dan seluruh warga kerja TF Value-Mart untuk mengagihkan sejumlah 2,000 unit Bakul RAHMAH yang bernilai RM200,000.00 pada sepanjang tahun 2023.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat