anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PERSIDANGAN FRANCAIS ANTARABANGSA MALAYSIA 2023

image

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2023, KHAMIS-YAB Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pelancaran Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur.

Penganjuran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) ini berlangsung dari 18 hingga 20 Mei dan persidangan ini merupakan platform urusniaga francais yang kondusif buat usahawan francais tempatan dan antarabangsa.

FIM2023 disertai oleh pelbagai jenama francais tempatan dan antarabangsa daripada 9 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Singapura, Taiwan dan Malaysia sendiri. Selain syarikat francais, FIM turut mengumpulkan beberapa agensi berkaitan serta pembekal bagi mewujudkan ekosistem francais yang bersepadu.

Untuk pengetahuan, pameran dan persidangan francais yang terbesar di Asia Tenggara ini mensasarkan seramai 15,000 orang pengunjung dengan jangkaan potensi pelaburan francais berjumlah RM550 juta sepanjang pameran tiga hari itu berlangsung.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat