anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 SSM BERI SOKONGAN DAN BIMBINGAN USAHAWAN KEPADA 400 USAHAWAN TEMPATAN

image

KUANTAN, 18 MEI 2023 –Telah berlansung Program Bimbingan Usahawan 2023 (PBU23) Peringkat Negeri Pahang anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ianya dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

PBU23 siri pertama peringkat Negeri Pahang telah menarik lebih 400 penyertaan dari sekitar negeri ini bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan, dan peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkukuhkan perniagaan mereka.

Dalam ucapan perasmiannya, Puan Hajah Fuziah berkata keperluan terhadap pendedahan dan pendidikan di permulaan langkah dalam menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu pendekatan yang baik bagi membentuk budaya keusahawanan yang mantap dalam kalangan usahawan di negara ini.

SSM juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan terhadap kepentingan mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan dan kewangan, serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan.

PBU23 turut membuka peluang kepada peserta untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang diperkenalkan oleh SSM bagi memberi kemudahan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan usahawan dan pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa.

Selain itu, SSM juga telah menyampaikan sebuah Mesin Retort bernilai RM38,500 kepada Pertubuhan Dapur Infaq Ummah melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporatnya (WZK) selain menyerahkan sumbangan WZK berjumlah RM150,000 kepada 300 mangsa-mangsa banjir di bawah kategori penerima asnaf Al-Gharimin serta sumbangan WZK berjumlah RM10,000 kepada 20 usahawan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat