anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 GAGAL KEMUKA RESIT PEMBAYARAN

image

PUTRAJAYA, 22 MEI 2023 – KPDN telah mengambil tindakan ke atas sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman di Petaling Jaya, Selangor kerana gagal mengemukakan resit sebagai bukti pembayaran berhubung kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dibuat kepada pengadu pada 17 Mei 2023.

Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN memaklumkan Siasatan telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Petaling Jaya ke atas aduan yang dikemukakan oleh pengadu yang merupakan salah seorang daripada penduduk di bangunan kediaman tersebut. Ini berikutan kegagalan pihak pengurusan syarikat untuk mengemukakan resit pembayaran ke atas cas penyelenggaraan bangunan.

Hasil siasatan mendapati pihak pengurusan bangunan berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 140(2) Akta Pelindungan Pengguna 1999 kerana gagal memberikan resit kepada pengguna bagi perkhidmatan penyelenggaraan bangunan dan telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 146 Akta yang sama.

Ini menunjukkan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak sekiranya didapati gagal mengemukakan resit kepada pengguna ke atas apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna itu termasuklah dengan mendakwa mereka di mahkamah.

Tindakan boleh diambil di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 bagi pertubuhan perbadanan manakala bagi perseorangan tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat