anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 GERAKAN PENGGUNA SISWA JADI DUTA KECIL BAGI MENYEBARLUASKAN ADVOKASI KEPENGGUNAAN

image

 

JOHOR BAHRU, 15 JUN 2023, KHAMIS –Telah berlangsung Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) bermula 13 hingga 15 Jun 2023 merupakan satu program tahunan dalam kalendar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Ianya telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor.

Kelab GPS telah diasaskan oleh KPDN bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membentuk sebuah entiti yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepemimpinan dengan pelajar IPT sebagai ahli untuk bekerjasama melaksanakan aktiviti kepenggunaan yang berkesan. Sehingga tahun 2023, terdapat 178 buah Kelab GPS yang telah berdaftar dengan seramai 8,748 pelajar yang menjadi ahli Kelab GPS di IPT seluruh Malaysia.

Untuk makluman, seramai 200 peserta GPS daripada 100 IPT di seluruh negara telah berkampung di Savanna Hill Resort, Johor bagi menjayakan pelbagai aktiviti kepenggunaan yang telah diatur seperti sesi dialog bersama YB Timbalan Menteri KPDN, penglibatan dalam aktiviti Cabaran Interaktif Pengguna GPS, mengikuti aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di lapangan bersama Penguat Kuasa KPDN, sesi pocket talk serta aktiviti pameran yang dapat memberi pendedahan yang bermanfaat berkaitan ilmu kepenggunaan kepada peserta MPGPS.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat