anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 STOR HARAM DISYAKI TEMPAT MELAKUKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN LPG DISERBU PENGUAT KUASA KPDN

image

PUTRAJAYA, 15 JUN 2023 – Satu aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) atau decanting Berjaya ditumpaskan oleh oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya dalam satu (1) serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nama di Mantin, Negeri Sembilan pada 13 Jun 2023.

Menurut Datuk Azman bin adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, serbuan dilakukan bermula kira-kira jam 11.00 malam itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan selama dua (2) minggu sebelum operasi dilakukan. Semasa serbuan, seorang individu lelaki didapati sedang leka melakukan aktiviti pemindahan gas petroleum cecair (LPG) daripada tong LPG berkapasiti 14kg bersubsidi kepada tong LPG berkapasiti 50kg.

Modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli LPG 14kg bersubsidi terus daripada lori-lori penghantaran LPG di sekitar daerah Sepang, Nilai, Mantin dan Broga. LPG bersubsidi tersebut kemudiannya 2 akan dibawa ke stor haram terbabit seterusnya akan dipindahkan ke tong LPG 50kg untuk kegunaan industri.

Beberapa tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama berkapasiti 12kg, 14kg dan 50kg, kenderaan jenis lori 2.5 tan, alat penimbang pelantar elektronik, hos penyambung, telefon bimbit serta beberapa dokumen perniagaan lain yang turut ditemui telah disita bagi siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000.00.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta mengenalpasti rantaian pengedaran LPG terbabit.

KPDN ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat