anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 TRELER JUALAN RAHMAH BERGERAK MOBIL MEMUDAHKAN RAKYAT MENDAPATKAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN

image

BUTTERWORTH, 17 JUN 2023 – Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah melancarkan Treler Jualan RAHMAH Bergerak/Mobil sempena Love Penang Agrofest@Pesta Mengkuang 2023 yang diadakan di Kubang Semang Butterworth, Pulau Pinang.

Program Jualan RAHMAH ini dilaksanakan dengan tiga (3) cara iaitu cara yang pertama ialah dengan membuat jualan di dalam premis yang sesuai seperti pasar raya, hypermarket dan sebagainya. Cara yang kedua adalah secara di lapangan di mana KPDN bekerjasama dengan pemimpin tempatan membawa pemain-pemain industri untuk membuat jualan di kawasan Parlimen dan DUN. Manakala cara yang ketiga sepertimana yang telah dilancarkan sebelum ini adalah diadakan secara bergerak/mobil oleh rakan strategik KPDN yang akan mengadakan jualan secara bergerak/mobil di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya atau premis peruncitan yang bersesuaian serta jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Menurut YB Timbalan Menteri, objektif utama Program Jualan RAHMAH Bergerak/Mobil ini diadakan adalah bagi memastikan program ini sampai secara terus kepada golongan sasar dengan membawa barangan keperluan harian terus ke lokasi penempatan rakyat. Selain itu, program ini juga untuk menyediakan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga yang mampu milik dan pada masa yang sama, program ini juga dapat membantu menghidupkan kembali ekonomi seluruh anggota masyarakat setempat setelah berdepan pandemik sejak dua tahun lepas.

Inisiatif ini juga memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan keperluan asas harian sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat. lanya sekali gus dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia MADANI dan seterusnya, program ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat