anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PENYAMPAIAN LESEN JUALAN LANGSUNG DAN SIJIL KELULUSAN PENDAFTARAN FRANCAIS

image

PUTRAJAYA, 27 JUN 2023 – Telah berlangsung Penyampaian Lesen Jualan Langsung kepada 21 syarikat jualan langsung; 46 Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais kepada syarikat francais dan 8 Sijil Pendaftaran Konsultan. Ianya telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDN di di Dewan Serbaguna, KPDN Putrajaya.

Menurut YBhg Datuk Azman , ini merupakan platform terbaik kepada para pemain industri untuk bersuai kenal, di samping melihat potensi, hala tuju perniagaan dengan memasarkan produk dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti, seterusnya bersama-sama menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi negara melalui industri francais dan jualan langsung.

Ini juga adalah usaha berterusan Kerajaan dalam membangunkan industri jualan langsung dan francais di negara ini sejajar dengan visi KPDN untuk menjadikan Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

Turut berlangsung sesi ramah mesra bersama pemain industri dan taklimat penguatkuasa melalui melalui Revive Talk with Franchise and Direct Selling Industries 2023.

YBhg. Datuk Azman juga mengingatkan agar pemegang lesen dan sijil supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang berkuatkuasa demi menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika, di samping melindungi kepentingan pengguna khususnya berkaitan dengan kos sara hidup.

KPDN akan terus menyokong daya usaha ke arah perkembangan industri francais dan jualan langsung yang lebih mampan serta berdaya saing sama ada di peringkat domestik mahupun global.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat