anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 SIDANG MEDIA OPS MANIS

image

 

PUTRAJAYA, 7 JULAI 2023, JUMAAT – Yang Berhormat Datuk Azman Bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup telah mengadakan Sidang Media berkenaan penguatkuasaan OPS MANIS dan OPS TIRIS dalam usaha menjamin kestabilan kos sara hidup dan ekonomi Negara.

Statistik penguatkuasaan OPS MANIS dan OPS MANIS 2.0 (3 Mei 2023 – 30 Jun 2023) mencatatkan pemeriksaan sebanyak 6,276 premis dan sebanyak 109 aduan diterima. Daripada jumlah itu, sebanyak 20 kes disiasat melibatkan kesalahan pengenaan syarat penjualan tak sah, menjual melebihi harga kawalan, membungkus gula tanpa kebenaran Pengawal Bekalan dan memberi gambaran mengelirukan mengenai harga jualan gula.

OPS MANIS 2.0 dilanjutkan sehingga 31 Julai 2023 bagi memastikan isu bekalan dan harga gula mencapai sifar kes.

Melalui Penguatkuasaan OPS TIRIS (1 Mac 2023 sehingga setakat 5 Julai 2023), sebanyak 7,625 pemeriksaan dilakukan di seluruh Negara dan sebanyak 68 aduan telah diterima. Sepanjang tempoh ini, sebanyak 309 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM27.03 juta, sebanyak 3.36 juta liter rampasan minyak diesel dan 282 tangkapan individu (62 warga asing dan 220 warga tempatan dan permaustatin tetap) dijalankan.

Kerjasama dengan beberapa agensi penguatkuasaan berhubung isu ini juga merekodkan sebanyak 153 kes. Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerak Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) merupakan agensi dengan penghasilan kes tertinggi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat