anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MAJLIS PERASMIAN PERBARISAN KAWALAN KEHORMATAN SEMPENA HARI PENGUAT KUASA KPDN KE 51 DAN TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS SAINS PENGUATKUASAAN TAHUN 2023

image

ALOR GAJAH, 17 JULAI 2023, ISNIN – Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Sempena Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 bagi anggota dan pegawai penguat kuasa KPDN lantikan baharu yang diadakan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

Untuk makluman, tanggal 17 April setiap tahun merupakan tarikh keramat buat warga kerja Bahagian Penguat Kuasa KPDN kerana Bahagian Penguat Kuasa KPDN secara rasminya telah ditubuhkan pada tarikh tersebut. Tema sambutan yang dipilih pada tahun ini adalah Profesional Tegas Berintegriti.

Selain itu, pada hari ini juga telah diadakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 bagi pengambilan sesi tahun 2022 yang melibatkan seramai 138 orang pegawai lantikan baharu dan pegawai yang dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) yang telah bermula pada 1 Jun 2023 sehingga 17 Julai 2023 iaitu selama 47 hari.

Dalam modul kursus kali ini, penekanan telah diberikan kepada pegawai-pegawai lantikan baharu berkenaan aspek fizikal seperti latihan kawad, latihan jasmani, latihan menembak dan sahsiah diri seperti disiplin dan integriti.

Di samping itu, mereka juga telah didedahkan dengan pengetahuan berhubung perundangan yang dikuatkuasakan serta Standard Operation Procedure (SOP) yang digunapakai dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang merangkumi elemen 6P iaitu Perisikan, Pemeriksaan, Penyiasatan, Pendakwaan, Pengendalian Ekshibit dan Pengurusan Penguatkuasaan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat