anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PERASMIAN PAVILION MALAYSIA DI THAILAND FRANCHISE AND BUSINESS OPPORTUNITIES 2023

image

 

BANGKOK, 14 JULAI 2023 – YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengetuai delegasi Kementerian pada Lawatan Kerja Rasmi dan Majlis Perasmian Pavilion Malaysia di Thailand Franchise and Business Opportunity 2023 (TFBO) ), yang diadakan di Bangkok, Thailand bermula dari 13 - 16 Julai 2023.

Untuk makluman, sebanyak 10 jenama Malaysia Malaysia iaitu Marrybrown, Kenny Rogers Roasters, US Pizza, Cleanpro Express, Deemcee, Global Art, UCMAS, HOME, Q-dees dan Little Caliph yang mengikuti delegasi ini.

YBhg Datuk Azman berkata, Jenama Malaysia ini dijangka mencapai sasaran RM30 juta pelaburan di platform ini. TFBO yang merupakan acara tahunan di Bangkok menarik hampir 7,000 pelabur dari 36 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ia merupakan platform penting bagi industri francais Malaysia mengambil peluang ini untuk mempelbagaikan pelaburan francais mereka di Thailand.

Tambahnya lagi, misi yang dirancang di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) berhasrat untuk menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Thailand dan mencari pelabur berpotensi melalui program pemadanan perniagaan.

Pada masa yang sama, YBhg Datuk Azman juga telah mempengerusikan sesi dialog bersama En. Suttichai Panitnarakul, Presiden Franchise & License Association of Thailand (FLAT), Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman, Persatuan Francais Malaysia dan pemain-pemain industri francais dari Malaysia dan Thailand.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat