anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PERGINYA SEORANG PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT

 

image

PUTRAJAYA, 26 JULAI 2023, RABU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kehilangan seorang pemimpin yang tekun bekerja demi rakyat iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub. Allahyarham yang merupakan Menteri di KPDN telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, jam 9.23 malam pada 23 Julai 2023.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar bukan sahaja kepada KPDN malah kepada rakyat dan negara terutamanya kepada mereka yang telah menikmati manfaat dari Legasi Allahyarham menerusi Inisiatif Payung RAHMAH.
Menurut YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ilham yang digerakkan Allahyarham dibawah KPDN itu, boleh dianggap sebagai 'jenama' tersohor yang boleh dibanggakan.
YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri KPDN juga turut memaklumkan bahawa usaha-usaha serta sumbangan Allahyarham ketika menjadi Menteri KPDN akan terus diperjuangkan sebagai legasi yang hidup sepanjang zaman dan kelestarian inisiatif-inisiatif seperti Payung RAHMAH akan terus dilaksanakan dengan terancang.
Beliau turut mengucapkan terima kasih diatas penglibatan semua pihak termasuk para pemimpin, kakitangan kementerian dan hospital yang membantu urusan pengebumian jenazah.
“Semoga pengorbanan Allahyarham mendapat ganjaran yang setimpal dari Ilahi dan roh Allahyarham ditempatkan di tempat yang paling mulia bersama para solihin dan syuhada” katanya.
Kehadiran dan kerjasama semua pihak menggambarkan betapa kasihnya kepada Allahyarham yang telah banyak meninggalkan jasa yang tidak ternilai untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat