anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 FLAG OFF LORI JUALAN RAHMAH BERGERAK

image

BUKIT JALIL, 30 JULAI 2023, AHAD– Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melepaskan “Flag Off” lori Jualan RAHMAH Bergerak Peringkat Kebangsaan yang diadakan bersempena Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebanyak 16 lori telah dihimpunkan dari seluruh Negara untuk turut serta di dalam acara “Flag Off” Jualan RAHMAH Bergerak #KedaiCariRakyat.

Jualan RAHMAH Bergerak ini ianya mempunyai kelebihan di mana lori-lori Jualan RAHMAH Bergerak dapat di pastikan sampai secara terus kepada golongan sasar.

Pelaksanaan berkonsepkan “Kedai Cari Rakyat”, ianya mampu dilaksanakan di tempat berbeza pada hari yang sama, di mana lori yang membawa barang-barang keperluan asas harian mampu masuk ke kampung- kampung, kawasan B40, kawasan PPR dan taman perumahan kos rendah, kemudiannya terus membuat jualan di kawasan tersebut.

Sehingga 29 Julai 2023, Program Jualan RAHMAH Bergerak sejak ianya dilancarkan buat pertama kali pada 16 Jun 2023 telah berjaya dilaksanakan di 396 lokasi berbeza di seluruh negara, dari Perlis sehinggalah ke Sabah.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat