anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KPDN TERUS KOMITED MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN INISIATIF PAYUNG RAHMAH

image

BANGI, 6 OGOS 2023, AHAD – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini berkesempatan hadir ke Program Jelajah Jualan Ehsan RAHMAH (JER) peringkat negeri Selangor dan mengadakan sesi walkabout di sekitar Kompleks PKNS Bangi, Selangor.

Program Jualan Ehsan RAHMAH (JER) ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang telah dimeterai pada 31 Mei 2023.

Pelaksanaan program ini telah dilakukan meliputi keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor.Antara barang-barang yang dijual dan ditawarkan di Program Jelajah Jualan Ehsan RAHMAH adalah seperti Ayam Segar, Telur Ayam, Gula dan barangan keperluan asas harian yang lain.

Sempena program pada hari ini, beberapa tawaran menarik disediakan dengan konsep jualan premis terbuka iaitu:

a. Jualan 2,000 ekor ayam standard serta lain-lain barangan asas seperti beras, telur ayam, minyak masak, ikan, gula dan daging sejuk beku;

b. Jualan Happy Hour kepada 100 orang pengunjung terpilih, pada harga RM5.00 untuk seekor ayam standard (terhad kepada maksimum 200 ekor ayam standard sahaja) dan RM5.00 untuk satu 1 beg beras 5kg (terhad kepada maksimum 100 unit beg beras sahaja); dan

c. Jualan barangan keperluan dan penjagaan bayi oleh Pasar Raya Billion di Kompleks PKNS Bangi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat