anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KPDN TAHUN 2023

image

PUTRAJAYA, 15 OGOS 2023, SELASA - Telah berlangsung Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosa Sara Hidup (KPDN) Tahun 2023 yang diadakan di Anjung Seri & Kasih KPDN, Putrajaya.
Sambutan ini telah dihadiri oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan diiringi oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh-Timbalan Menteri KPDN, YBhg Datuk Azman Mohd Yusof-Ketua Setiausaha KPDN, YBhg Datin Roszanina Wahab-Timbalan Ketua Setiausaha PPP dan YBhg Datuk Azman Adam-Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN.
Turut berlangsung gimik melekapkan tapak tangan di ruangan yang disediakan dan sekaligus merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KPDN Tahun 2023.
Untuk pengetahuan, gimik yang berlangsung ini selaras dengan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu Malaysia MADANI, Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. Warna yang digunakan adalah merah, putih, biru dan juga kuning sebagai simbolik kepada warna bendera Malaysia.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 dan juga penyampaian hadiah bagi Pertandingan Keceriaan Bahagian sempena Semarak Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat