anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 LOTUS'S MALAYSIA SOKONG PKS TEMPATAN MELALUI KKBM

image

 

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 (Khamis)- Lotus’s Malaysia bersama KPDN telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Pn Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri PDN di Lotus's Cheras.
Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran barangan buatan Malaysia, meningkatkan keinginan pengguna untuk membeli barangan tempatan, memupuk semangat patriotisme rakyat Malaysia, meningkatkan kesedaran tentang kualiti barangan buatan tempatan dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mempromosikan dan mempamerkan produk-produk mereka.
Sehingga kini, Lotus's Malaysia mempunyai sebanyak 112 rakan kongsi PKS tempatan yang menawarkan lebih daripada 900 jenis produk, di mana sebanyak 90% disahkan Halal. Sempena KBBM, Karnival Mini di perkarangan Lotus's Cheras diadakan dengan menampilkan beraneka sampel produk daripada 17 jenama buatan tempatan bermula hari ini hingga Ahad, 20 Ogos 2023.
Sebagai tanda pengiktirafan kepada usahawan tempatan dan produk-produk buatan tempatan, Lotus’s telah menganugerahkan 10 PKS berprestasi terbaik bagi tahun 2022 dan mengumumkan 12 pembekal baharu yang menyertai rangkaian Lotus’s PKS bagi tahun 2023.
Sebagai Kementerian yang meneraju inisiatif KBBM, KPDN amat menggalakkan penglibatan rakan strategik dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pengguna untuk SOKONG dan BELI produk buatan Malaysia.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat