anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 SESI LIBAT URUS PEMANGKU YB MENTERI KPDN BERSAMA MEDIA-LANJUTAN PELAKSANAAN OPS TIRIS FASA 2.0

image

 

PUTRAJAYA, 24 OGOS 2023, KHAMIS - YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengadakan satu sesi libat urus bersama media berkenaan lanjutan pelaksanaan OPS TIRIS FASA 2.0.
Berdasarkan analisis data yang dilakukan, tindakan penguatkuasaan melalui pelaksanaan OPS TIRIS telah menunjukkan impak positif dan Kementerian telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan OPS TIRIS kepada FASA 2.0 sehingga 31 Disember 2023.
Selain meneruskan operasi sedia ada, antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan melalui OPS TIRIS FASA 2.0 ini adalah perluasan skop siasatan yang lebih menyeluruh meliputi rantaian bermula daripada sumber pembelian bekalan sehingga kepada pembeli haram (illicit buyer).Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran terperinci berhubung keseluruhan rantaian pasaran gelap minyak diesel yang disyaki turut melibatkan sindiket.
Selain itu, OPS TIRIS FASA 2.0 akan melibatkan komponen Business Intelligence Unit (BIU) atau Unit Risikan Perniagaan yang akan beroperasi di bawah Bahagian Penguat Kuasa KPDN bermula 1 September 2023.
Penubuhan unit baharu ini bertujuan untuk menjalankan tugasan perisikan perniagaan di pasaran melibatkan isu-isu berkaitan sektor barang kawal subsidi, perdagangan, pengedaran & perniagaan, industri perkhidmatan dan perniagaan dalam talian serta hal ehwal kos sara hidup.
Melalui platform OPS TIRIS 2.0 juga, Bahagian Penguat Kuasa KPDN akan merintis risikan terhadap ketirisan subsidi lain seperti LPG, Minyak Masak, Beras dan Gula.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat