anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MAJLIS PENYERAHAN BAKUL RAHMAH KEPADA 60 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI, MIRI, SARAWAK

image

MIRI, 21 OGOS 2023, ISNIN– Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bakul RAHMAH kepada 60 pelajar Kolej Komuniti Miri, Sarawak.
Untuk makluman, penyerahan Bakul RAHMAH berjumlah RM 5,000 dan sumbangan Bakul RAHMAH ini dijayakan oleh beberapa badan berkanun dan sukarela termasuklah Yayasan Persatuan Islam Malaysia (Yapeim), Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Shell Miri, Palmer SDN BHD, Upmills SDN BHD, Everise Supermarket dan Pioneer Trading SDN BHD.
Antara sumbangan yang diserahkan adalah berupa barangan keperluan asas dan harian yang terdiri daripada Beras 5kg, minyak Masak 2kg, Biskut, Mihun, Gula, Tepung, Milo, Kicap, Sardin, Mi Sedap dan juga Teh.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat