anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PROGRAM JUALAN RAHMAH BERGERAK PERINGKAT NEGERI PERAK

image

GOPENG, 3 SEPTEMBER 2023 – Telah berlangsung Program Jualan RAHMAH Bergerak (PJRB) Peringkat Negeri Perak oleh YB. Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Dewan Bandaran Gopeng, Perak.

Sehingga kini, sebanyak 129 Program Jualan RAHMAH (PJR) telah dilaksanakan di kesemua 24 kawasan Parlimen dan 59 kawasan DUN seluruh negeri Perak dan telah memberi manfaat kepada lebih dari 160,000 orang rakyat Malaysia MADANI dengan jumlah jualan melebihi RM3 juta.

Menurut YB Timbalan Menteri, Program Jualan RAHMAH Bergerak (PJRB) kali ini diadakan dengan kerjasama daripada rakan strategik KPDN iaitu Kerjaya Emas Trading yang telah menawarkan diskaun antara 15 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran setempat kepada 13 jenis barangan keperluan asas kering, sayur-sayuran serta buah-buahan.

Sebanyak dua (2) buah lori berkapasiti lima (5) dan sepuluh (10) tan telah digunakan bagi jelajah PJRB di kawasan terpilih seluruh negeri Perak.

Turut berlangsung, pelancaran Aduan Suri Peringkat Negeri Perak. Aduan Suri adalah kepada suri rumah tangga yang sering berurusan dengan pembelian barang keperluan secara harian dan sering berdepan dengan masalah kenaikan harga dan kekurangan bekalan. Ianya bagi membentuk komuniti suri rumahtangga supaya dapat menjadi mata dan telinga serta rakan strategic. Melalui inisiatif baharu dalam Aduan Suri, golongan suri rumah tangga dapat membuat aduan kepenggunaan melalui aplikasi Kod QR WhatsApp.

YB Timbalan Menteri juga turut menyampaikan sumbangan Bakul RAHMAH kepada 50 penerima dari kalangan kurang berkemampuan di sekitar kawasan DUN Teja.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat