anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PELANCARAN MY GAYA MONTH 2023

image

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2023 - YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan My Gaya Month 2023 yang bertempat di Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Secara rasminya, Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA) hari ini melancarkan MY Gaya Month 2023 buat tahun ketiga dengan matlamat untuk mengetengahkan dan mempromosi barangan Malaysia menerusi produk- produk fesyen, gaya hidup dan teknologi; sekaligus melahirkan usahawan- usahawan baharu sambil melatih graduan fesyen dari akademi- akademi tempatan dalam industri fesyen.
Kempen ini akan berlangsung selama sebulan dan Gaya Month 2023 akan melabuhkan tirainya secara gah dengan sebuah pertunjukkan fesyen pada 10 September 2023 di Farenheit88.
Menurut YBhg Datuk Azman, penganjuran My Gaya Month merupakan salah satu inisiatif strategik Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di mana objektifnya adalah bagi menggangkat segmen atau industri lain untuk diketengahkan dalam membantu usahawan tempatan memasarkan produk Barangan Malaysia.
Inisiatif ini menampilkan 31 orang pereka, usahawan gaya hidup dan akademi fesyen tempatan bersama koleksi- koleksi dan produk terbaru mereka yang direka/dihasilkan khas bagi kempen ini yang berkisar sekitar tema fabrik berelemen “heritage/warisan”.
Tambahnya lagi, acara selama sebulan ini akan menyorot kepelbagaian wawasan dan kreativiti pereka-pereka fesyen tempatan di Malaysia, di samping memberikan peluang kepada masyarakat dan pengunjung dari luar negara untuk menghayati kecantikan dan keindahan yang lahir daripada industri fesyen dan gaya hidup tempatan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat