anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 JELAJAH MINI KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2023 ZON PANTAI TIMUR

image

KUANTAN, 26 OGOS 2023 - Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia (KBM) 2023 kini dibawakan khas untuk warga pantai timur khususnya penduduk tempatan. Majlis perasmian Jelajah Mini Karnival ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Roziah binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Antara objektif penganjuran Jelajah Mini Karnival KBM 2023 zon pantai timur adalah untuk menggalakkan rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan Pantai Timur untuk mengutamakan produk / barangan buatan tempatan selain membantu usahawan tempatan dalam menjana ekonomi yang lebih stabil serta mampu menawarkan produk berkualiti dan setanding dengan produk-produk luar.
Penganjuran KBBM pada tahun ini sejajar dengan hasrat kerajaan dalam usaha memartabatkan barangan buatan Malaysia serta dapat menjadi pemangkin dalam merancakkan kembali pembelian barangan buatan Malaysia disamping merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tempatan.
Untuk makluman, Jelajah Mini Karnival KBM pada kali ini mendapat sambutan penglibatan seramai hampir 20 orang usahawan tempatan daripada tiga negeri di bawah zon pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan dimana setiap pempamer menampilkan kepelbagaian produk bercirikan keunikan negeri masing-masing.
Jelajah mini karnival KBM ini akan menjelajah ke 5 zon/ wilayah di Malaysia sebelum melabuhkan tirainya melalui acara kemuncak Karnival Barangan Malaysia pada penghujung tahun ini. Ayuh, Rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyahut seruan kerajaan dalam membuat pilihan dengan mengutamakan dan membeli barangan Malaysia. Barang baik barang kita!

Oleh: Unit Komunikasi Korporat