anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PRA-PELANCARAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA 2023

image

BANDAR UTAMA, 13 SEPTEMBER 2023- YBhg. Dato’ Rohaizi bin Bahari, Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 bertempat di Sri Pentas Bandar Utama, Selangor.

Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 akan mengetengahkan beberapa inisiatif strategik yang mana akan membantu melonjakkan ekonomi domestik, meluaskan pasaran produk tempatan, di samping membantu penerimaan rakyat terhadap barangan Malaysia.

Kementerian juga telah menjalinkan kerjasama strategik bersama 16 syarikat peruncitan tempatan terkemuka negara dan juga 3 platform dalam talian bagi memastikan produk tempatan terus diperkasa menerusi syarikat- syarikat terbabit.

Beberapa inisiatif yang dirancang termasuklah Pemerkasaan Produk Tempatan Di Dalam Industri Peruncitan Tempatan dan Platform Dalam Talian, Karnival Barangan Malaysia, Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia, Jualan Bertema Berdasarkan Segmen Khusus dan juga Kolaborasi Strategik Media Animasi Digital.

“Jom Sokong dan Beli” Barangan Malaysia “Barang Baik, Barang Kita”

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat