anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 SEMINAR TODAY’S MALAYSIA E-COMMERCE AND CONSUMER PROTECTION

image

KUALA LUMPUR, 19 SEPTEMBER 2023 - YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan Seminar Today’s Malaysian E-Commerce and Consumer Protection Regulatory Framework: The Way Forward di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur.
Seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kedudukan semasa sektor e-dagang di Malaysia dan trend di peringkat antarabangsa serta mengkaji kaedah dan amalan terbaik pengawal seliaan industri e- dagang di negara lain untuk diadaptasi di Malaysia.
Selain itu, seminar ini juga untuk mencapai petunjuk prestasi (KPI) yang ditetapkan di bawah inisiatif National Economy Strategic Roadmap (NESR).
Pada masa yang sama, seminar ini juga telah memberikan pendedahan kepada peserta dalam memahami landskap, model perniagaan, pegangan pasaran dan pemegang taruh dalam perdagangan e-dagang sektor borong dan runcit di Malaysia serta mengenalpasti isu-isu utama perdagangan e-dagang dalam Malaysia.
Seminar ini berlangsung dari 19 hingga 20 September 2023 telah dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian dan agensi Kerajaan, pemain industri serta pemegang taruh yang berkaitan.
KPDN berharap dan memohon agar semua penyedia perkhidmatan dan pemain industri edagang turut sama memikul tanggungjawab untuk memastikan hak pengguna dan keselamatan data peribadi pengguna terjamin.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat