anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 OPS JAMIN DAN PEMANTAUAN HARGA BARANG KAWALAN

image

 

GOMBAK, 19 SEPTEMBER 2023, SELASA – YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya Sri Ternak, Selayang dan Pasar Raya NSK Selayang, Batu Caves, Selangor.
Pemeriksaan ini dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras dan barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya.
Bermula 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN.
Menurut Datuk Armizan, berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah OPS JAMIN oleh KPDN sehingga 18 September 2023, sebanyak 6,141 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran termasuklah di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.
Manakala sebanyak 175 aduan melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras diterima dalam tempoh yang sama dan telah disalurkan kepada KPKM untuk tindakan lanjut.
Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan, harga purata tertinggi beras putih import (BPI) di Semenanjung Malaysia adalah RM40.65, manakala harga purata beras putih import di negeri Sarawak adalah RM39.21, di Sabah RM37.09 dan Wilayah Persekutuan Labuan pula RM37.83.
KPDN akan terus terus membantu KPKM memperkasakan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara.
Turut hadir, YBhg. Datuk Roziah binti Abudin- Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), YBhg. Datuk Azman Adam- Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, YBrs. Tuan Shamsul Nizam Khalil-Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN, Pegawai Penguat Kuasa KPDN dan Penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Pegawai Kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat