anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PEMANGKU MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

image

PUTRAJAYA, 21 SEPTEMBER 2023–Sesi kunjungan hormat TYT Encik Lou Wen, Minister Of State Administration For Market Regulation (SAMR), PR, China ke atas YB Datuk Armizan Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah diadakan di pejabatnya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Putrajaya.
Antara isu yang telah dibincangkan oleh kedua-dua Menteri adalah mengenai cadangan kerjasama dalam tadbir urus pendaftaraan perniagaan dan syarikat, penguatkuasaan harta intelek dan perkembangan industri jualan langsung.
Turut hadir Bersama YB Menteri ialah YBrs. Tuan Shamsul Nizam bin Khalil-Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Penguat Kuasa KPDN, YBhg. Datuk Nor Azimah binti Abd Aziz-Ketua Pegawai Eksekutif SSM, YBrs. Encik Kamal bin Kormin-Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Encik Teoh Phi Li, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan Strategik dan Antarabangsa KPDN serta pegawai-pegawai dari KPDN dan SAMR China.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat