anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PALUAN BERUNDUR DAN SESI 'CLOCK OUT' KETUA SETIAUSAHA KPDN

image

PUTRAJAYA, 26 SEPTEMBER 2023- Telah berlansung Paluan Berundur dan sesi ‘Clock Out’ YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang diadakan di Anjung Seri, KPDN susulan pusingan kerja dan pelantikan baharu beberapa pengurusan tertinggi perkhidmatan awam yang berkuat kuasa pada hari ini, 26 September 2023.

Seluruh kepimpinan dan warga kerja KPDN serta agensi-agensi mengucapkan selamat maju jaya dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala jasa bakti yang diberikan oleh YBhg. Datuk Azman Yusof sepanjang perkhidmatan beliau di Kementerian ini.

Tepak sirih hantaran kami,

Sirih segagang beserta pinang,

Menjunjung kasih setia budi,

Jasa dijulang budi dikenang.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat