anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PEMANTAUAN OPS JAMIN DAN BARANG KAWALAN GIAT DILAKSANAKAN DI SELURUH NEGARA

image

RAUB, 23 SEPTEMBER 2023- YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah melakukan pemeriksaan pemeriksaan di satu (1) premis pemborong beras utama di daerah Raub, Pahang iaitu Syarikat Jerik Trading Sdn. Bhd., dan sebuah premis peringkat peruncit iaitu Pasar Raya Pantai Timur.

Pemeriksaan ini dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yangberlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras di peringkat pemborong dan peruncit serta barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak dan sebagainya.

Untuk makluman, OPS JAMIN merupakan kerjasama di antara KPDN dan KPKM (selaku kementerian yang mengawal selia bekalan beras dan padi) telah bermula pada 7 Julai 2023. OPS JAMIN fasa awal telah berakhir pada 31 Ogos 2023 dengan jumlah premis yang terlibat dalam penguatkuasaan sebanyak 996.

Hasil perbincangan dengan KPKM, YB Pemangku Menteri KPDN telah mengumumkan bahawa OPS JAMIN diteruskan untuk fasa 2 sehingga 31 Dis 2023 dengan penguatkuasaan yang lebih bersepadu. Dengan penambahbaikan ini, jumlah penguatkuasaan dan pemantauan telah ditingkatkan, setakat 22 Sept 2023, secara kumulatif jumlah premis yang terlibat telah jauh meningkat kepada 8,684.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat