anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PROGRAM JELAJAH JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI MELAKA MENSASARKAN 40,000 ORANG PENGUNJUNG

image

MELAKA, 30 SEPTEMBER 2023 –YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.

Program Jelajah Jualan RAHMAH ini disertai oleh seramai 34 pemain industri peruncitan dan 9 agensi kerajaan dengan pelbagai barangan keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan kadar 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran tempatan sekaligus memberi manfaat kepada golongan masyarakat khususnya warga tempatan dalam usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup.

Untuk makluman, sehingga 29 September 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH melibatkan 111 lokasi di seluruh 6 parlimen meliputi 28 DUN di Negeri Melaka. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 82 lokasi , di luar premis sebanyak 3 lokasi dan Jualan RAHMAH bergerak sebanyak 26 lokasi dengan bilangan pengunjung melebihi 258 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh Negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3.4 juta orang.

Antara barang keperluan yang ditawarkan di Program Jelajah Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Melaka ini adalah barang basah seperti ayam standard dijual pada harga RM6.30/kg sahaja berbanding harga siling iaitu RM9.40/kg; telur ayam gred C RM9.00/sepapan berbanding harga pasaran RM12.30/sepapan; minyak masak 5 kg RM30.90/ botol dijual pada harga RAHMAH iaitu RM23.00/kg serta beras super import 5 kg berharga RM26.00/pek dijual pada RM13.00/pek dan banyak lagi barangan keperluan asas yang lain.

Menu RAHMAH juga turut ditawarkan kepada pengunjung dengan pelbagai pilihan berasaskan masakan tempatan mahupun masakan barat pada harga bermula serendah RM5.00 dan ke bawah melalui jualan Food Truck dengan penglibatan seramai lebih 12 orang peniaga.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat