anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KELULUSAN PENDAFTARAN FRANCAIS DAN LESEN JUALAN LANGSUNG

image

PUTRAJAYA, 10 OKTOBER 2023, SELASA-YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan Lesen Jualan Langsung yang diadakan di Dewan Serbaguna, KPDN, Putrajaya.

Majlis ini diadakan bertujuan mengiktiraf syarikat-syarikat francais dan jualan langsung yang telah berdaftar di bawah Kementerian ini dengan penyerahan 36 lesen jualan langsung, 6 konsultan dan 27 sijil kelulusan pendaftaran francais.

Selain daripada itu, bagi memeriahkan lagi penganjuran majlis pada kali ini, turut berlangsung sesi pameran francais dan jualan langsung melibatkan penyertaan pemain industri iaitu syarikat-syarikat francais dan jualan langsung

bagi mempromosikan perniagaan mereka kepada warga Kementerian yang berminat untuk menjadi usahawan dan kumpulan peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan kepada konsep francais dan jualan langsung. 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat