anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 SESI TINJAUAN YB PEMANGKU MENTERI KPDN DI PROGRAM JUALAN RAHMAH (PJR) PEKAN KUNDASANG, SABAH

image

 

KUNDASANG, 6 OKTOBER 2023, JUMAAT – YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah melakukan tinjauan pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) di Pekan Kundasang, Sabah.

Selain melihat dan mendapatkan respon pengunjung, tinjauan ini juga bertujuan untuk melihat sendiri kadar harga barangan yang ditawarkan.

PJR kali ini mendapat kerjasama strategik melibatkan Pasar Raya Bataras dan menawarkan pelbagai keperluan harian terdiri daripada barangan kering dan basah serta barangan keperluan asas yang lain dan memberi manfaat kepada lebih dua (2) ribu pengunjung.

PJR merupakan kolaborasi Kerajaan bersama industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjualan barangan keperluan harian pada kadar harga diskaun di antara 10% hingga 30% lebih murah daripada harga biasa.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat