anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KPDN GIATKAN PEMANTAUAN OPS JAMIN DI SELURUH NEGARA

image

SELANGOR, 17 OKTOBER 2023, SELASA – YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah melaksanakan pemeriksaan OPS JAMIN di Capital Route Sdn Bhd dan Pasar Raya Super Seven, Cheras Jaya, Selangor.

Sesi turun padang ini dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras di peringkat runcit serta barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak dan sebagainya.

Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN KPDN dan KPKM ini bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna.

Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN ini amat penting bagi mengenalpasti keseluruhan rantaian pengedaran beras di semua peringkat pengilang hingga ke peringkat peruncit.

KPDN memberi jaminan akan terus membantu KPKM dalam melakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara.

Pada masa yang sama akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).

KPDN komited melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan beras di seluruh negara di samping barangan keperluan harian lain serta menggalakkan pengguna untuk menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan dengan menyalurkan maklumat dan aduan yang lengkap berhubung ketidakpatuhan ke atas undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat