anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 YB TIMBALAN MENTERI KPDN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK ARAB MESIR

image

 

PUTRAJAYA, 16 OKTOBER 2023, ISNIN – Sesi kunjungan hormat TYT RAGAI TAWFIK SAID NASR, Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia ke atas YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah diadakan di pejabatnya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos Sara hidup, Putrajaya.

Antara isu yang telah dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak adalah mengenai kaedah menangani isu kos sara hidup dan cadangan pertukaran bidang Kerjasama yang melibatkan KPDN dan Ministry of Social Solidarity of Egypt.

Turut hadir bersama YB Timbalan Menteri ialah YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Delegasi Duta Mesir ke Malaysia dan Pegawai Kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat