anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PROGRAM SEMPENA HARI SUKAN NEGARA KPDN TAHUN 2023

image

PUTRAJAYA, 13 OKTOBER 2023 – YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN telah meluangkan masa untuk turun padang melihat dan memberi sokongan kepada warga KPDN yang terlibat pada Hari Sukan Negara Peringkat KPDN tahun 2023.

Hari Sukan Negara merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan bagi merealisasikan hasrat dan inspirasi Kerajaan dalam menggalak dan mewujudkan masyarakat #MalaysiaMADANI yang aktif bersukan dan beriadah serta menjadikannya sebagai satu rutin dalam kehidupan seharian. Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah ini sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat yang sentiasa sihat, aktif dan cergas.

Bagi menyahut seruan Kerajaan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memeriahkan Hari Sukan Negara dengan penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat KPDN Tahun 2023 bertempat di Anjung Seri dan dewan serbaguna KPDN pada 13 Oktober 2023.

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat KPDN ini telah disertai oleh warga kerja KPDN dan sebanyak lima acara telah dipertandingkan; antaranya ialah bowling trio, tapak gajah, sepakan penalti lelaki dan wanita, chapteh dan kelereng roda.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat