anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 JELAJAH JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023

image

MIRI, 21 OKTOBER 2023, SABTU - YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Pasar Raya Everrise, Boulevard Centre, Miri, Sarawak.

Program Jelajah Jualan RAHMAH ini mendapat kerjasama strategik melibatkan Pasar Raya Everrise dalam menawarkan pelbagai keperluan harian terdiri daripada barangan kering dan basah serta barangan keperluan asas yang lain dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sekaligus memberi manfaat kepada golongan masyarakat khususnya warga tempatan dalam usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.

Dalam pada itu, YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar berkesempatan turut sama dalam menyampaikan penyerahan Bakul RAHMAH kepada golongan yang memerlukan di sekitar Kawasan Miri, Sarawak.

YBhg. Dato’ Seri KSU juga meluangkan masa untuk melakukan sesi walkabout dan pemeriksaan di sekitar Pasar Raya Everrise. Sesi walkabout dan pemeriksaan ini bagi memastikan harga barangan keperluan asas tidak dijual melebihi harga kawalan dan pada masa yang sama bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas sentiasa mencukupi bagi menampung permintaan penduduk setempat.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat