anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 TABUNG PALESTIN SOLIDARITI UNTUK MU

image

 

Putrajaya, 27 Oktober - Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah dilancarkan oleh YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 27 Oktober 2023 bertempat di Ibu Pejabat KPDN, Putrajaya.

“Tabung Palestin KPDN, Solidariti Untuk Mu” yang dilancarkan ini sebagai inisiatif keperihatinan dan tanda solidariti dalam kalangan warga kerja KPDN terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Pelancaran tabung ini diharap mampu mencapai objektif kutipan rakyat Malaysia yang disasarkan oleh YAB Perdana Menteri sejumlah RM100 juta. KPDN menyahut seruan Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan sri Mohd Zuki yang menggesa agar kutipan sumbanagan secara agresif digerakkan di setiap Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan dalam tempoh dua (2) minggu sebagai tanda solidariti serta semangat kemanusiaan dalam kalangan penjawat awam terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Semoga tabung yang dilancarkan ini dapat mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di semenanjung Gaza, Palestin.

Dari sungai ke senggara, Palestin pasti merdeka!

Oleh: Unit Komunikasi Korporat