anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 MALAM ANUGERAH FESTIVAL TEATER PENGGUNA SISWA UNIVERSITI AWAM

image

 

Serdang, 31 Oktober. YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkenan untuk hadir dan menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam (MAKUM) yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2023 bertempat di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam merupakan medium penyampaian mesej berkonsepkan persembahan teater kepada kalangan pelajar IPTA seluruh Malaysia dan penganjurannya buat kali kedua bermula 22 sehingga 31 Oktober 2023 dengan kerjasama KPDN, MAKUM dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian, UPM. Penganjuran festival pada kali ini mendapat penyertaan sebanyak 17 buah universiti awam dari seluruh Malaysia serta seramai 340 siswa dan siswi.

Festival yang bertemakan Pengguna Bijak & Kos Sara Hidup pada kali ini diserikan dengan persembahan teater yang cukup hebat dan menarik daripada para pelajar IPTA yang mengambil bahagian pada Festival Teater kali ini.

Turut mengiringi YBhg. Dato’ Seri KSU KPDN adalah YBrs. En. Mohd Zuhairi Mat Radey, Pengarah KPDN Selangor dan YBrs Professor Dr Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM merangkap Pengerusi MAKUM.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat