anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KAD DISKAUN KHAS BAGI PENGUSAHA MENU RAHMAH

image

 

Kuala Lumpur, 2 November 2023. YB Datuk Armizan Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pengumuman Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH pada 2 November 2023 bertempat di restoran Ali Maju, Taman Sri Rampai Kuala Lumpur,

Penawaran Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini merupakan program rintis bersama di antara Kementerian dan pemain industri dalam sektor perdagangan dan pengedaran khusus buat pengusaha-pengusaha Menu RAHMAH di seluruh negara. KPDN menghargai komitmen enam buah pasar raya yang telah bersetuju untuk terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini iaitu pasar raya AEON BiG, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin serta NSK.

Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu RAHMAH yang telah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan yang lain bagi membantu pengusaha mengurangkan kos penyediaan Menu RAHMAH.

Pasar raya-pasar raya ini akan menawarkan kadar diskaun sehingga 40 peratus terhadap 5,000 stock keeping unit (SKU); tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pasar raya.

Turut hadir bersama, YB Senator Puan Hajah Fuziah Saleh-Timbalan Menteri KPDN, YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar-Ketua Setiausaha KPDN serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat