anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN HARGA AYAM SUSULAN PENAMATAN SUBSIDI DAN KAWALAN KE ATAS HARGA AYAM OLEH YB TIMBALAN MENTERI KPDN

image

 

 

KAJANG, 3 NOVEMBER 2023 – Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini meluangkan masa dengan turun padang bagi melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga barang di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya dan Pasar Awam Kajang, Selangor.
Tujuan pemeriksaan dan pemantauan ini dilaksanakan bagi meninjau situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung penjualan ayam susulan penamatan subsidi dan kawalan ke atas harga ayam bermula 1 November 2023.
Untuk makluman, berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh KPDN pada 2 November 2023, kedudukan harga purata Ayam Bersih Standard di peringkat Nasional adalah RM8.51/kg manakala harga purata di Semenanjung Malaysia adalah RM8.46/kg. Sementara itu, harga purata bagi Ayam Bersih Standard di Sabah adalah RM11.61/kg, Sarawak adalah RM10.14/kg dan Wilayah Persekutuan Labuan pula adalah RM12.50/kg.
KPDN ingin memberikan amaran keras kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa dengan mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Kementerian.
Turut hadir mengiringi adalah YBhg. Datuk Azman bin Adam-Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, YBrs. Tuan Shamsul Nizam Khalil-Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN serta Pegawai Kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat