anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PENGUMUMAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN

image

 

BERANANG, 6 NOVEMBER 2023 – YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 yang akan berkuatkuasa bermula 9 November sehingga 15 November 2023 bertempat di Pertubuhan Kebajikan Jaya Sri, Beranang, Selangor.

Menurut beliau, Tempoh pelaksanaan penguatkuasaan adalah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan bagi menjamin kestabilan harga kepada kedua-dua pihak sama ada di peringkat pengguna mahupun peniaga.

Selain daripada barang-barang di bawah harga kawalan maksimum sedia ada, Kementerian telah mengenal pasti sebanyak 8 jenis barangan yang akan dikawal di bawah Skim ini. Barangan yang terlibat di bawah Skim adalah:

i. Bawang merah besar import;
ii. Bawang merah kecil (India) tidak termasuk Ros;
iii. Cili merah;
iv. Daging kambing biri-biri bertulang import;
v. Kacang dal (Australia);
vi. Kelapa biji (*Harga maksimum di peringkat borong sahaja);
vii. Kelapa parut (*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja); dan
viii. Tomato.

 

SHMMP Deepavali 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Deepavali 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos
Sara Hidup di www.kpdn.gov.my.

Turut berlangsung adalah penyerahan sumbangan Bakul RAHMAH oleh YB Pemangku Menteri kepada 50 penerima di Pertubuhan Kebajikan Jayaa Sri, Beranang, Selangor.

Turut hadir bersama, YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh-Timbalan Menteri KPDN, YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar-Ketua Setiausaha KPDN, YB Tuan Mohd Sany Hamzan-Ahli Parlimen Hulu Langat, YBhg. Datuk Azman bin Adam-Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Pengarah Kanan, Bahagian & Negeri KPDN, serta Pegawai Kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat