anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KPDN TURUN PADANG HARI PERTAMA SHMMP DEEPAVALI 2023

image

 

 
KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2023 – Deepavali bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, dan suasana girang untuk menyambut perayaan Pesta Cahaya semakin hangat dirasakan terutama masyarakat berbangsa hindu di Malaysia. Sempena hari pertama pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini turun padang membuat tinjauan pematuhan harga di Pasar Raya LuLu, Kuala Lumpur pada 9 November 2023.
Bagi memastikan barang keperluan sentiasa mencukupi semasa musim perayaan dan mengelakkan peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan sempena musim perayaan, KPDN sentiasa peka dan tindakan segera akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang enggan mematuhi skim harga ini. 
SHMMP Deepavali 2023 ini berkuat kuasa selama 7 hari bermula 9 November hingga 15 November 2023 bagi 8 barangan keperluan terpilih iaitu:
1. bawang merah besar import,
2. bawang merah kecil (india) tidak termasuk ros,
3. cili merah,
4. daging kambing biri-biri bertulang import,
5. kacang dal (australia),
6. kelapa biji (*harga maksimum di peringkat borong sahaja),
7. kelapa parut (*harga maksimum di peringkat runcit sahaja), dan 
8. tomato.
Turut hadir mengiringi adalah YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar-Ketua Setiausaha KPDN, YBrs. Tuan Shamsul Nizam Khalil-Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN, YBrs. En. Asif Moidu Ahamed dan YBrs. En. Shiroj Iyyakad -Wakil pengurusan tertinggi Pasar Raya LuLu, YBrs. Encik Ariffin Samsudin-Pengarah KPDN W.P.Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Zubir Hamsa, Ketua Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan, Bahagian Penguat Kuasa KPDN serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.
 
oleh: Unit Komunikasi Korporat