anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PROGRAM JUALAN RAHMAH BERGANDA UNTUK WARGA NEGERI PERLIS

image

 

KANGAR, 18 NOVEMBER 2023 - YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Program Jualan RAHMAH Berganda yang merangkumi Pesta Aiskrim RAHMAH Mokti's dan Jualan RAHMAH Pasar Raya JMart Fresh & Frozen yang berlangsung selama dua (2) hari pada 18 hingga 19 November 2023 bertempat di Perkarangan Pasar Raya JMart, Kangar Jaya, Perlis.

Program Jualan RAHMAH Berganda Pesta Aiskrim RAHMAH Mokti's dianjurkan buat julung kali bagi menyambut seruan Kerajaan melalui inisiatif Program Jualan RAHMAH dengan menawarkan produk Aiskrim Mokti's dengan harga yang berpatutan bermula pada RM1.50 bagi tub 3Oz, RM2.50 bagi tub 100ML, RM4.00 bagi tub 500ML, dan RM23.00 bagi tub 6L.

Di samping itu, Mokti's turut menawarkan pelbagai perisa baru edisi terhad yang dihasilkan khas untuk Pesta ini. Antara perisa yang ditawarkan khas sempena pesta ini adalah seperti Biscoff, Cookies & Cream, Hazel Kakao, Matcha, Kurma Bob, dan pelbagai lagi.

Seterusnya, Program Jualan RAHMAH Pasar Raya JMart Fresh & Frozen ini merupakan kerjasama strategik antara KPDN Perlis buat julung kalinya bersama Syarikat Borong Borong Cash and Carry Sdn. Bhd. Terdapat dua puluh (20) barangan keperluan pengguna yang ditawarkan sepanjang program berlangsung yang mana kadar pengurangan harga dari 10% sehingga 30% dari harga pasaran semasa.

Turut berlangsung pada, majlis penyampaian sumbangan berbentuk hamper kepada tiga puluh (30) orang anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah.

Hadir sama, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof-Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs Puan Norazah binti Jaapar-Pengarah KPDN Negeri Perlis, YBrs Tuan Pengiran Muhammad Adil & YBrs Puan Siti Fatimah Adnan-Pengarah Urusan Syarikat PMA Rich (M) Sdn. Bhd. (Moktis), YBrs Tuan Tan Zu Yuan-Pengarah Urusan Syarikat Borong-Borong Cash and Carry Sdn. Bhd. (Pasaraya JMart Fresh & Frozen) serta Pegawai Kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat