anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PROGRAM JUALAN RAHMAH SISWA DAN PROGRAM ADVOKASI PENGGUNA PERINGKAT KEBANGSAAN BERSAMA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

image

 

 

SINTOK, 19 NOVEMBER 2023 - YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meluangkan masa turun padang bagi merasmikan Program Jualan RAHMAH Siswa dan Program Advokasi Pengguna Peringkat Kebangsaan yang melibatkan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Record (MBOR) bertempat di Tapak Pesta Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Program Jualan RAHMAH Siswa ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada seluruh warga terutamanya mahasiswa IPTA supaya dapat membeli barang keperluan asas dengan harga mampu milik dan meningkatkan lagi pendedahan berkaitan hak-hak pengguna dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Program Jualan RAHMAH Siswa ini berkonsepkan kedai runcit bergerak ke kawasan kampus yang mana dapat memberi peluang kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan tawaran harga rendah pada potongan harga sehingga 30%.

Konsep Jualan RAHMAH Siswa ini secara tidak langsung dapat meringankan kos sara hidup mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menimba ilmu di kawasan-kawasan yang jauh daripada akses pasar raya atau pasar raya besar.

Turut hadir adalah YBrs. Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan-Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia, YBrs Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed-Timbalan Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia dan YBrs Tuan Affendi Rajini Kanth-Pengarah KPDN Negeri Kedah.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat