anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PERASMIAN PEMBUKAAN SEMULA PUSAT MEMBELI-BELAH AEON CHERAS SELATAN, SELANGOR

image

CHERAS, 1 DISEMBER 2023 – AEON Cheras Selatan kini berwajah baru selepas melalui proses naik taraf dan pengubahsuaian dimana kini Pelanggan yang berkunjung berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dan pengalaman membeli belah yang baharu termasuk kaunter pembayaran layan diri (self-check-out counter).

Majlis Perasmian Pembukaan Semula Pusat Membeli-Belah Aeon Cheras Selatan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertempat di Ruang Legar Utama, AEON Cheras Selatan, Selangor.

Sempena Majlis Pembukaan ini, AEON telah mengambil langkah proaktif dengan mengunci harga bagi 250 barangan keperluan terpilih untuk tempoh 3 bulan sebagai inisiatif AEON menyahut seruan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia menangani kos sara hidup.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Kempen "Everyday Fresh Everyday Low Price", yang dilancarkan awal tahun ini. Barangan keperluan yang dikenal pasti antaranya ialah syampu, pelembut fabrik, sabun basuh, minyak masak, mi, susu dan lain-lain barangan keperluan asas.

Turut hadir bersama, YBrs Encik Keiji Ono-Pengarah Urusan, AEON CO. (M) BHD, YBhg. Dato’ Rohaizi bin Bahari-Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, YBrs Tuan Zuhairi Mat Radey-Pengarah KPDN Selangor serta Pegawai Kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat