anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KPDN PAHANG KOMITED BANTU MENGURUSKAN BEKALAN BARANG KAWALAN DAN KEPERLUAN ASAS DALAM MENGHADAPI MUSIM TENGKUJUH

image

KUANTAN, 2 DISEMBER 2023 – YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melakukan sesi walkabout di Karnival Jualan RAHMAH Negeri Pahang yang diadakan selama dua hari bermula 2 sehingga 3 Disember 2023 di Dataran Sayangi Kuantan, bersebelahan Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Karnival Jualan RAHMAH Negeri Pahang Tahun 2023 yang diadakan di Dataran Sayangi Kuantan diadakan dengan kerjasama strategik bersama Pasar Raya AEON Big Kuantan, Pasar Raya Jaya Gading, FAMA Pahang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, yang menawarkan sehingga 60 item barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Sehingga 2 Disember 2023, KPDN Negeri Pahang telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH di sebanyak 376 lokasi melibatkan 14 parlimen dan 42 DUN di Negeri Pahang.

YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh turut mengadakan lawatan kerja ke syarikat pemborong Golden HP Agency di Bandar Indera Mahkota untuk melihat kesiap siagaan syarikat pemborong yang merupakan Pemegang Stok Mini Terpilih yang telah dilantik oleh KPDN bagi memastikan bekalan barang kawalan dan barangan keperluan pengguna sentiasa mencukupi dalam menghadapi musim tengkujuh.

Untuk makluman, mereka telah diberi kebenaran untuk menambah had simpanan barang kawalan sebanyak lebih 30% dari had simpanan sedia ada yang dibenarkan di dalam lesen CSA sehingga berakhirnya musim tengkujuh.

Turut hadir sama, YBrs. Puan Jezlily binti Jamaluddin-Pengarah KPDN Negeri Pahang, YBrs Encik Muhamad Hanif Bin Asa’ari-Pengarah Sekretariat Perdagangan Pengedaran & Industri Perkhidmatan (SPIP) KPDN serta Pegawai Kanan Kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat