anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KPDN PROMOSI PRODUK TEMPATAN MELALUI KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2023

image

PUTRAJAYA, 4 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 dengan penglibatan lebih 100 pempamer merangkumi pelbagai produk, dari seni tradisional hingga ke inovasi moden dimana pengunjung berpeluang meneroka dan melihat kepelbagaian produk tempatan buatan Malaysia disamping menyokong perniagaan produk buatan tempatan serta berbangga dengan warisan negara.
Karnival Barangan Malaysia 2023 kini dibawakan khas kepada seluruh warga Putrajaya dan kawasan sekitar yang akan berlangsung bermula 13 Disember 2023 sehingga 17 Disember 2023 bertempat di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya. Karnival Barangan Malaysia 2023 ini merupakan acara tahunan yang akan menjadi satu platform penting kepada peniaga untuk mempamerkan kepelbagaian produk mereka, mengembangkan jalinan, dan berkolaborasi dengan rakan-rakan strategik yang berpotensi, dan seterusnya mengetengahkan produk mereka kepada rakyat Malaysia.
Melalui penganjuran Karnival Barangan Malaysia 2023 ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited dalam memperkukuhkan penjenamaan dan promosi produk Malaysia, serta memantapkan kedudukannya sebagai satu kuasa di pasaran antarabangsa melalui Karnival Barangan Malaysia 2023. Pelbagai inisiatif strategik telah dirancang oleh Kerajaan melalui KPDN untuk membantu perniagaan dan industri tempatan mencapai kejayaan baharu sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
KBM 2023 yang bakal berlangsung selama lima hari bertujuan untuk mempamerkan dan meraikan kepelbagaian, kualiti, dan inovasi produk Malaysia. Antara objektif utama yang ingin disampaikan oleh KPDN adalah produk tempatan Malaysia bukan sahaja mempunyai kualiti bertaraf dunia, tetapi juga mempunyai potensi besar untuk dipasarkan ke luar negara. Melalui peningkatkan pengiktirafan dan penjenamaan di peringkat global, produk Malaysia dapat menjadi duta bagi budaya dan warisan negara. Barang baik, barang kita!

Oleh: Unit Komunikasi Korporat